Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap

on Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Tart Buah ini memang menjadi kesukaan ramai. Semoga Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.


Bahan-bahan Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap


Bahan A (untuk pastry):

240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam

Bahan B (untuk kastard):

1 tbsp tepung gandum
1tbsp tepung kastad
4 tabsp gula halus
1 1/2 cawan susu segar
1 tbsp butter



Cara Menyediakan Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap:


1. Mula-kita kita sediakan untuk pastry - ayak bahan-bahan kering A, masukkan butter, gaul sampai jadi serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Uli sehingga menjadi doh dan masukkan ke dalam acuan tart dan tekan mengikut bentuk acuan. Potong lebihan doh supaya tart enjadi lebih kemas dan cantik.

3. Cucukkan bahagian bawah tart dengan garfu sebelum di masak. Bakar sehingga masak.

4. Kemudian prepare masak untuk kastard -bancuhkan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam periuk yang tidak melekat. Kacau atas api yang perlahan sehingga masak.

5. Selepas masak, masukkan kastard ke dalam kulit tart yang siap di masak dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan. 

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved