Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap

on Wednesday, May 30, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Kek Batik ini sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Kek batik ini boleh dimasak untuk keluarga tersayang ataupun boleh juga dijadikan sebagai bisnes untuk meniaga. Semoga Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap yang dikongsikan ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.



Bahan-bahan Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap


1 paket biskut marie (patah dua)
250 gm butter
2 biji telur
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula pasir


Cara Menyediakan Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap:

1. Campurkan semua bahan-bahan resepi kek batik kecuali biskut ke dalam kuali dengan api yang perlahan. Sila kacau sehingga pekat.

2. Bila dah pekat boleh tutup api dan masukkan biskut. Gaul sehingga sebati. 

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas tupperware/ loyang dengan alaskan dengan plastik. *ini untuk mudahkan keluar kek batik.

4. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras.

6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved