Resepi Tauhu Ayam Goreng

on Tuesday, December 22, 2015

Resepi Tauhu Ayam Goreng |  Mudahnya cara nak buat tauhu ayam goreng dari facebook Sue M Arukin. Selama ini asyik rasa bosan menghadap masakan tauhu sumbat je. Kita ubah masakan tauhu yang lebih menarik dan kreatif dengan jadikan tauhu ayam goreng lazat dan enak.

Resepi Tauhu Ayam Goreng


Bahan-bahan tauhu ayam goreng


biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu mkn cincangan dada ayam
1 sudu mkn cincangan daun bawang
1 sudu mkn cincangan daun ketumbar
Garam & Lada Sulah secukup rasa
**Tambahan 2 biji telur lagi utk celup tauhu yg dah dikukus utk digoreng

Cara buat tauhu ayam goreng


Step 1: Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dgn menambah garam & lada sulah secukup rasa.

Step 2. Tuang bancuhan ke dlm loyang yg disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Klu guna loyang segiempat lagi bagus, senang nak potong nanti dan akn dpt potongan yg rata.

Step 3: Kukus selama 15 minit atau hingga nmpk tauhu tu dah pejal ( test tekan dgn jari, klu dah tak lembik, maknanya dah ok). Keluarkan dari loyang dan sejukkan sebentar.

Step 4: Bila dah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dlm telur yg dibancuh dgn sedikit garam, mcm celup bergedil. Goreng dlm mintak yg panas hingga keperang-perangan. Toskan.

Step 5: Inilah hasilnya selepas digoreng Dan di'plating'. Hidangkan panas2 baru best. Cicah lah dgn apa2 sos pilihan. Enjoy!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved