Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Puding Karamel ini sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Rasanya sedap, enak dan sejuk anak tekak bila dimakan. Semoga Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.
Bahan-bahan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap:
Bahan A (untuk puding karamel):
6 biji telor saiz sederhana
1 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
Bahan B (untuk karamel):
10 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air panas
Cara Menyediakan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap:
1. Mula-kita kita sediakan untuk karamel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan betul-betul cair dan tidak berketul (lebih kurang dalam 8 - 10 minit).
2. Bila gula telah bertukar keperangan, masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.
3. . Kemudian prepare masak untuk puding karamel, panaskan kukusan. Kisarkan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan blender.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebih kurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).
5. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan betul-betul sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan.
6. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment