Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap

on Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Tart Buah ini memang menjadi kesukaan ramai. Semoga Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.


Bahan-bahan Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap


Bahan A (untuk pastry):

240 gm tepung gandum
45 gm tepung jagung
75 gm gula icing
150 gm butter
2 biji kuning telur
sedikit esen vanila dan garam

Bahan B (untuk kastard):

1 tbsp tepung gandum
1tbsp tepung kastad
4 tabsp gula halus
1 1/2 cawan susu segar
1 tbsp butter



Cara Menyediakan Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap:


1. Mula-kita kita sediakan untuk pastry - ayak bahan-bahan kering A, masukkan butter, gaul sampai jadi serbuk roti. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Uli sehingga menjadi doh dan masukkan ke dalam acuan tart dan tekan mengikut bentuk acuan. Potong lebihan doh supaya tart enjadi lebih kemas dan cantik.

3. Cucukkan bahagian bawah tart dengan garfu sebelum di masak. Bakar sehingga masak.

4. Kemudian prepare masak untuk kastard -bancuhkan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam periuk yang tidak melekat. Kacau atas api yang perlahan sehingga masak.

5. Selepas masak, masukkan kastard ke dalam kulit tart yang siap di masak dan hiaskan dengan hirisan buah-buahan. 

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Tart Buah Mudah dan Sedap!

Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap

on Wednesday, May 30, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Kek Batik ini sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Kek batik ini boleh dimasak untuk keluarga tersayang ataupun boleh juga dijadikan sebagai bisnes untuk meniaga. Semoga Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap yang dikongsikan ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.



Bahan-bahan Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap


1 paket biskut marie (patah dua)
250 gm butter
2 biji telur
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula pasir


Cara Menyediakan Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap:

1. Campurkan semua bahan-bahan resepi kek batik kecuali biskut ke dalam kuali dengan api yang perlahan. Sila kacau sehingga pekat.

2. Bila dah pekat boleh tutup api dan masukkan biskut. Gaul sehingga sebati. 

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas tupperware/ loyang dengan alaskan dengan plastik. *ini untuk mudahkan keluar kek batik.

4. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras.

6. Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Kek Batik Mudah dan Sedap!

Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap

on Tuesday, May 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Puding Karamel ini sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Rasanya sedap, enak dan sejuk anak tekak bila dimakan. Semoga Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.




Bahan-bahan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap


Bahan A (untuk puding karamel):


6 biji telor saiz sederhana
1 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air (sukatan tin susu sejat di atas)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil tepung jagung


Bahan B (untuk karamel):



10 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air panas

Cara Menyediakan Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap:


1. Mula-kita kita sediakan untuk karamel - Masak gula pasir dalam kuali dengan api perlahan. Kacau sehingga gula mencair dan betul-betul cair dan tidak berketul (lebih kurang dalam 8 - 10 minit).

2. Bila gula telah bertukar keperangan, masukkan air dan kacau-kacau sebentar dengan api paling kecil. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Ketepikan agar caramel mengeras sedikit.

3. . Kemudian prepare masak untuk puding karamel, panaskan kukusan. Kisarkan semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan blender. 

4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi caramel dan kukus lebih kurang 25 - 30 minit atau hingga puding masak/membeku. (jika menggunakan acuan2 kecil, tempoh mengukus hanya 15 - 18 minit sahaja).

5. Setelah masak, biarkan sebentar pada suhu bilik agar wap panas hilang. Masukkan dalam fridge biarkan betul-betul sejuk baru diterbalikkan ke dalam bekas hidangan. 

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap!

Resepi Agar-Agar Santan Mudah Dan Sedap

on Friday, May 4, 2012

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba resepi agar-agar santan mudah dan sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. agar-agar santan ini rasanya sedap, enak dan manis berlemak. Semoga resepi agar-agar santan mudah dan sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.




Bahan-bahan resepi agar-agar santan mudah dan sedap:


5 gm agar-agar tali (dalam paket)
1150 ml air 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
1 1/2 cawan gula pasir
1 biji kuning telor
2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
beberapa titis pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam


Cara Menyediakan resepi agar-agar santan mudah dan sedap:


1. Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.

2. Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.

3. Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi macam lumut).

4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

5. Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

6. Sedia untuk dipotong dan dihidangkan bila telah keras.

Selamat mencuba resepi agar-agar santan mudah dan sedap!

Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap

on Thursday, May 3, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Kuih Koleh Kacang sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Rasanya sedap, enak dan manis berlemak. Semoga Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.

Bahan-bahan Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap:

1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cwn air
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
beberapa helai daun pandan disimpul
secubit garam Cara-cara

Cara Menyediakan Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap:


1. Masak santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.

2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.

3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.

4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.

5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak...

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap!

Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap

on Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Lauk ayam ini sesuai di hidangkan bersama nasi atau boleh dimakan bersama roti buku atau roti canai. Semoga Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap:


6 keping ayam
1/2 cawan cili kering kisar
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
2 batang serai - dititik
1 ikat daun kesum - diambil daunnya
1/2 cawan perahan air asam jawa
3 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia
1 sm belacan
1 sm lengkuas
1 sm kunyit hidup

Cara menyediakan Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang yang sudah dimayang hingga kekuningan.

2. Tumiskan bahan kisar. Kacau hingga wangi.

3. Masukkan pula cili kisar dan serai. Kacau rata.

4. Masukkan ayam dan daun kesum. Balik-balikkan sebentar.

5. Tuangkan perahan air asam jawa. Biarkan mendidih.

6. Tuangkan air, biarkan sehingga ayam empuk.

7. Hidangkan bersama nasi putih.


Selamat mencuba Resepi Asam Pedas Ayam Mudah dan Sedap!

Resepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap

on Tuesday, May 1, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Resepi Kuih Talam Seri Delima sesuai untuk dijamu waktu pagi mahupun sebagai minum petang. Rasanya sedap, enak dan manis berlemak. Semoga RResepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.


Bahan-bahan Resepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap:

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

300 ml santan pekat
900 ml air
130 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
1 cawan gula pasir
6 biji sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

1 1/4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam


Cara Menyediakan Resepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap:
1.  Untuk lapisan bawah, masukkan campuran santan bersama air.

2.  Masukkan juga gula dan garam ke dalam periuk.

3.  Kacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga pekat.

4.  Masukkan sengkuang cina dan dikacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang.

5.  Ratakan dengan plastik, kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit.

6.  Untuk lapisan atas, masukkan kesemua bahan, kecuali garam dan gula ke dalam pengisar.

7.  Kisar kesemua bahan hingga sebati.

8.  Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula.

9.  Kemudian kacau tanpa henti di atas api kecil sehingga naik wap.

10. Tuangkan ke atas lapisan putih dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.

11. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.


Selamat mencuba Resepi Kuih Talam Seri Delima Mudah dan Sedap!
 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved