Resepi mudah buat roti canai sendiri | Belajar cara buat roti canai paling mudah dengan kos rendah dan untung banyak. Resepi ini hasil dari facebook Ayahnda Mamak Haji. Resepi roti canai ori dari kedai mamak.
RESEPI PENYEDIAAN TEPUNG / DOH ROTI CANAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg. tepung gandum kegunaan 'am. 1 kg tepung gandum biasanya boleh hasilkan 20-22 bebola roti canai empat segi bersaiz biasa. Kalau yang jenis bulat ori cuma dalam 15-17 keping saja. Bayangkan keuntungan meniaga roti canai ini..
- 2 cawan air biasa. Sekira nya tidak gunakan telur 1 biji, kurang sedikit airnya.
- 1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
- 1/2 cawan majerin keluaran FELDA.
- Sedikit minyak masak untuk ulian dan goreng roti.
Nota: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai ini. Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai, maka awaslah penggunaannya.
Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, "PRATA". Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu, masakan India ini tak lari dari gunakan "minyak sapi" atau "ghee".
Kalau anda ingat roti prata yang zaman mamak haji muda lagi yang bulat dan tebal, itulah dinamakan "prata ori". Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang berbentuk empat segi yang nipis.
Kegunaan minyak sapi diganti dengan majerin yg murah. Untuk suri rumah yang ingin cuba prata ori boleh gunakan 300gm tepung gandum, 1/2 cawan minyak sapi,1/2 cawan air dan garam secukup. Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.
CARA MEMBUAT ROTI CANAI:
1. Roti yang sedap ialah sentiasa rapuh dan garing walau pun sejuk atau panas. Kesedapan roti canai terletak pada cara ulian tepung dan dijadikan doh roti canai tersebut. Garing atau rapuh ini biasanya bersangku paut dengan cara mengorengnya tetapi jangan lupa pada doh roti canai yang telah diuli perlu kita wujudkan keadaan, "keanjalan / kenjal (elasticity)" tepung yang kita uli.
Bagaimana kita boleh bentuk keanjalan ini terbentuk dalam doh tepung?. Tepung gandum mempunyai kandungan protein utama yang digelar, "glutenin dan gliadin". Apabila tepung ini diadunkan dengan air, kedua-dua protein ini akan disambungkan (link) dengan bantuan molikul Air dan apabila kita mula uli tepung dengan air penyambungan ini akan dikuatkan lagi. Semakin lama kita uli tepung itu semakin kuat lah penyambungan ini sehingga terbentuklah "gluten" . Gluten inilah yang membentukan keanjalan (elasticity) doh kita.
Cara memeriksa doh yang sempurana ialah dengan lakukan cubitan pada doh tepung. Bila cubit dan tarik, doh tepung yang ditarek itu akan mengwujudkan keping berlapis yang nipis tanpa putus. Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak.
Anda perlu ingat ini bila sediakan apa saja doh tepung untuk resepi-resipi lain seperti pau, roti, karipap dan lain-lain perlu uji cara ini sebelum di isi inti dan jadikan kueh. Semasa ulian ini sekiranya tepung melekit ditangan anda gunakan sedikit tepung ditangan anda sapukan dikedua belah tangan sehingga tepung yang melekit tertanggal. Biasanya guna minyak sapu dikedua tangan tetapi mamak haji syorkan kurangkan minyak setakat yang boleh dalam roti canai ini.
2. Ulian doh roti melalui tangan adalah cara terbaik. Uli dalam 10 minit dan rehat 5 limit untuk pembentukan gluten dan diikuti lagi dengan ulian terakhir selama 10-15minit. Ulian terakhir perlu bersertakan dengan satu sudu majerin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak mengerutu.
3. Membentukan doh ini menjadi bebola adalah satu lagi cabaran bagi yang baru. Cara bentukan bebola roti canai yang mudah ialah dengan mengambil sedikit doh di tapak tangan anda dan, gengam semua jejari anda kecuali ibu jari rengangangkan sedikit, supaya doh berbentuk bebola itu naik ke atas dibahagian atas tangan..saiz ikut rengangan ibu jari dan jari penunjuk..
Ada juga suka jolok ke atas tepung doh yang digenggam. Bila tepung itu terbentuk bulat, putarkan dengan tangan kiri sehingga terputus. Bulatkan doh kembali dikedua tapak tangan, Sapu majerin diluar permukaan doh dan simpan sekurang-kurang 4 jam sebelum tebar. Pastikan tepung bebola ini ditutup dengan helain plastik atau pun kain yang lembab supaya permulkaannya tidak kering.
4. Tebar roti canai ini perlukan kemahiran. Kalau tak pandai tak apa...ambil dulang hidangan...sapu minyak pada permukaan (guna sebelah belakang dulang) leperkan doh di atas dulang dan leperkan se hinggga senipis yang boleh. Selepas itu tarik disetiap penjuru doh yg telah leperkan...sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat buatan senipis yang boleh ..koyak sedikit tak apa...sapu minyak. Pegang satu penjuru dan naikan atas ...lepas itu lilitkan jadi bulat. Dan sedia utk bakar.