Resepi Tauhu Ayam Goreng

on Tuesday, December 22, 2015

Resepi Tauhu Ayam Goreng |  Mudahnya cara nak buat tauhu ayam goreng dari facebook Sue M Arukin. Selama ini asyik rasa bosan menghadap masakan tauhu sumbat je. Kita ubah masakan tauhu yang lebih menarik dan kreatif dengan jadikan tauhu ayam goreng lazat dan enak.

Resepi Tauhu Ayam Goreng


Bahan-bahan tauhu ayam goreng


biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu mkn cincangan dada ayam
1 sudu mkn cincangan daun bawang
1 sudu mkn cincangan daun ketumbar
Garam & Lada Sulah secukup rasa
**Tambahan 2 biji telur lagi utk celup tauhu yg dah dikukus utk digoreng

Cara buat tauhu ayam goreng


Step 1: Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dgn menambah garam & lada sulah secukup rasa.

Step 2. Tuang bancuhan ke dlm loyang yg disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Klu guna loyang segiempat lagi bagus, senang nak potong nanti dan akn dpt potongan yg rata.

Step 3: Kukus selama 15 minit atau hingga nmpk tauhu tu dah pejal ( test tekan dgn jari, klu dah tak lembik, maknanya dah ok). Keluarkan dari loyang dan sejukkan sebentar.

Step 4: Bila dah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dlm telur yg dibancuh dgn sedikit garam, mcm celup bergedil. Goreng dlm mintak yg panas hingga keperang-perangan. Toskan.

Step 5: Inilah hasilnya selepas digoreng Dan di'plating'. Hidangkan panas2 baru best. Cicah lah dgn apa2 sos pilihan. Enjoy!!

Resepi Kek Pisang Emas Confirm Menjadi

on Monday, December 21, 2015

Resepi Kek Pisang Emas Confirm Menjadi | Terliur tengok gambar kek pisang emas malam-malam. Terasa lapar pulak perut. Tengok resepi kek pisang emas dari facebook Adamsufi Mazri memang meletop dan confirm menjadi. Hasilnya kek pisang gebu dan lembut dimakan.

Resepi Kek Pisang Emas Confirm Menjadi



Bahan-bahan buat kek pisang emas


1&1/3 cawan pisang emas yang di lenyek halus
4 biji telor gred AA
1 sudu besar ovallete
3/4 cawan gula halus
1 cawan butter cair (mama guna butter lurpak )mama potong kiub butter mama then mama cairkan dlm microwave and sukat 1 cawan . nak guna minyak pun boleh tapi a bit berminyak lah nanti ...
1&3/4 cawan tepung gandum *
1&1/2 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
essen vanilla or essen pisang

Cara buat kek pisang emas 


bahan bertanda * di ayak 2 kali

satu kan telor+ ovalette+ gula and beat till gebu ( sebati and gula hancur sepenuhnya)

masukkan pisang lenyek ( beat sebentar)

masukkan butter cair+ essen

rendah kn speed mixer and add on tepung bit by bit till all combine ( nak guna spatula aje untuk adunkan pun boleh ) mama malas so rendah kan speed mixer and kasi beater mixer yang adunkan :-)

oven di panaskan terebih dahulu selama 10 minit api atas bawah dengan suhu 150'c

oles loyang dengan butter and taburkan sedikit tepung ,

once oven dah panas , set oven semula ke api bawah sahaja ( cara ni untk elak kek merekah ya...

masukkan adunan dlm loyang and set bakar selama 45-50 minit api bawah dengan suhu 150'c sehingga masak ( bergantung pada jenis oven masing2 ya,
10 minit sebelum timer tamat , on set semula api atas bawah supaya permukaan atas dapat warna kek yang cun and sekata

sejukkan dahulu sebelum dipotong

MEMO:

TEXTURE CAKE SO MOIST , GEBU AND LEMBUT, GERENTI TAK TERLEKAT KAT TEKAK ...

- KEK NI KEMANISANNYA MILD AJE TAK OVER MANIS SO IKUT SUKATAN YANG MAMA BERI KAN TU YA ,, SINCE PISANG EMAS KAN DAH ORIGINAL MANIS.. KURANGKAN GULA DALAM MASAKAN TAPI KAYAKAN GULA DALAM SENYUMAN

SELAMAT MENCUBA SEMUA

Resepi mudah buat roti canai sendiri

on Sunday, December 20, 2015

Resepi mudah buat roti canai sendiri | Belajar cara buat roti canai paling mudah dengan kos rendah dan untung banyak. Resepi ini hasil dari facebook Ayahnda Mamak Haji. Resepi roti canai ori dari kedai mamak.


RESEPI PENYEDIAAN TEPUNG / DOH ROTI CANAI


BAHAN-BAHAN:


- 1 kg. tepung gandum kegunaan 'am. 1 kg tepung gandum biasanya boleh hasilkan 20-22 bebola roti canai empat segi bersaiz biasa. Kalau yang jenis bulat ori cuma dalam 15-17 keping saja. Bayangkan keuntungan meniaga roti canai ini..

- 2 cawan air biasa. Sekira nya tidak gunakan telur 1 biji, kurang sedikit airnya.

- 1 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.

- 1/2 cawan majerin keluaran FELDA.

- Sedikit minyak masak untuk ulian dan goreng roti.

Nota: Ramai yang kini gunakan telur, susu pekat manis, horlicks untuk membuat roti canai untuk mendapatkan rasa yang lazat roti canai ini. Mamak haji rasa ini tak salah cuma kalau gunakan susu pekat manis cuma perlu awas kerana gula cepat jadi hangus semasa gorengan roti canai, maka awaslah penggunaannya.

Sebenarnya boleh gunakan telur sebiji untuk doh yang lembut dan garing, sekiranya gunakan telur, kurangkan sedikit air semasa uli. Roti canai ini sebenarnya masa dulu digelar, "PRATA". Prata ini sebenarnya berasal dari benua India. Seperti anda tahu, masakan India ini tak lari dari gunakan "minyak sapi" atau "ghee".

Kalau anda ingat roti prata yang zaman mamak haji muda lagi yang bulat dan tebal, itulah dinamakan "prata ori". Tapi bila keadaan berubah dan masa amat penting untuk perniagaan versi roti prata berubah menjadi roti canai yang berbentuk empat segi yang nipis.

Kegunaan minyak sapi diganti dengan majerin yg murah. Untuk suri rumah yang ingin cuba prata ori boleh gunakan 300gm tepung gandum, 1/2 cawan minyak sapi,1/2 cawan air dan garam secukup. Mamak haji tak gunakan telur. Bila gunakan telur air perlu dikurangkan.

CARA MEMBUAT ROTI CANAI:

1. Roti yang sedap ialah sentiasa rapuh dan garing walau pun sejuk atau panas. Kesedapan roti canai terletak pada cara ulian tepung dan dijadikan doh roti canai tersebut. Garing atau rapuh ini biasanya bersangku paut dengan cara mengorengnya tetapi jangan lupa pada doh roti canai yang telah diuli perlu kita wujudkan keadaan, "keanjalan / kenjal (elasticity)" tepung yang kita uli.

Bagaimana kita boleh bentuk keanjalan ini terbentuk dalam doh tepung?. Tepung gandum mempunyai kandungan protein utama yang digelar, "glutenin dan gliadin". Apabila tepung ini diadunkan dengan air, kedua-dua protein ini akan disambungkan (link) dengan bantuan molikul Air dan apabila kita mula uli tepung dengan air penyambungan ini akan dikuatkan lagi. Semakin lama kita uli tepung itu semakin kuat lah penyambungan ini sehingga terbentuklah "gluten" . Gluten inilah yang membentukan keanjalan (elasticity) doh kita.

Cara memeriksa doh yang sempurana ialah dengan lakukan cubitan pada doh tepung. Bila cubit dan tarik, doh tepung yang ditarek itu akan mengwujudkan keping berlapis yang nipis tanpa putus. Doh yang terbaik ialah memberi keanjalan. Sekiranya doh kita tidak memberikan keanjalan, hasilnya tidak memuaskan apabila masak.

Anda perlu ingat ini bila sediakan apa saja doh tepung untuk resepi-resipi lain seperti pau, roti, karipap dan lain-lain perlu uji cara ini sebelum di isi inti dan jadikan kueh. Semasa ulian ini sekiranya tepung melekit ditangan anda gunakan sedikit tepung ditangan anda sapukan dikedua belah tangan sehingga tepung yang melekit tertanggal. Biasanya guna minyak sapu dikedua tangan tetapi mamak haji syorkan kurangkan minyak setakat yang boleh dalam roti canai ini.

2. Ulian doh roti melalui tangan adalah cara terbaik. Uli dalam 10 minit dan rehat 5 limit untuk pembentukan gluten dan diikuti lagi dengan ulian terakhir selama 10-15minit. Ulian terakhir perlu bersertakan dengan satu sudu majerin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak mengerutu.

3. Membentukan doh ini menjadi bebola adalah satu lagi cabaran bagi yang baru. Cara bentukan bebola roti canai yang mudah ialah dengan mengambil sedikit doh di tapak tangan anda dan, gengam semua jejari anda kecuali ibu jari rengangangkan sedikit, supaya doh berbentuk bebola itu naik ke atas dibahagian atas tangan..saiz ikut rengangan ibu jari dan jari penunjuk..

Ada juga suka jolok ke atas tepung doh yang digenggam. Bila tepung itu terbentuk bulat, putarkan dengan tangan kiri sehingga terputus. Bulatkan doh kembali dikedua tapak tangan, Sapu majerin diluar permukaan doh dan simpan sekurang-kurang 4 jam sebelum tebar. Pastikan tepung bebola ini ditutup dengan helain plastik atau pun kain yang lembab supaya permulkaannya tidak kering.

4. Tebar roti canai ini perlukan kemahiran. Kalau tak pandai tak apa...ambil dulang hidangan...sapu minyak pada permukaan (guna sebelah belakang dulang) leperkan doh di atas dulang dan leperkan se hinggga senipis yang boleh. Selepas itu tarik disetiap penjuru doh yg telah leperkan...sedikit demi sedikit sehingga anda mendapat buatan senipis yang boleh ..koyak sedikit tak apa...sapu minyak. Pegang satu penjuru dan naikan atas ...lepas itu lilitkan jadi bulat. Dan sedia utk bakar.

Resepi Kentang Putar Homemade

on Saturday, December 19, 2015


Salam 1 Dunia.....

Resepi kentang putar homemade dan gambar mashed potato ialah hasil dari facebook Suhana Yusof. Memang nampak menggiurkan dan rupanya cara buat kentang putar ini mudah dan sedap.

Resepi Kentang Putar Homemade



Anggaran hidangan sesuai untuk lingkungan 4-5 orang

Bahan-bahan untuk kentang putar


8-10 biji kentang (direbus empuk)
250 gram butter
1 kotak kcil susu segar atau 1 cawan susu tepung (dibancuh)
garam secukup rasa

Cara-cara buat kentang putar


  1. lenyekkan kentang sehingga halus 
  2. masukkan butter, susu segar dan garam gaul sebati


Bahan-bahan untuk sos kentang putar


2 sudu besar butter
1 batang lobak merah (dipotong halus)
1 biji bawang besar(di belah 4)
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
3 sudu lada hitam
2 kiub ayam
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis

Cara-cara buat sos kentang putar



  1. panaskan butter sehingga cair dan keemasan 
  2. masukkan bawang putih,biarkan agak sedikit garing
  3. masukkan 2 cawan air
  4. masukkan lobak yang dipotong, bawang besar dan lada hitam
  5. setelah masak bahan2 diatas blendkan dan masukkan ke dalam periuk bsama 3cawan air
  6. kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap manis
  7. jika kuah nmpak agak cair, bancuh 2 sudu tepung jgung brsama setengah cawan air suam dan campurkan dalam kuah..
  8. Biarkan menggelegak dan siap utk dihidangkan bersama kentang..

Resepi Kerabu Perut Mudah dan Sedap

on Tuesday, December 1, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kerabu Perut Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang.


Bahan-bahan:


1 kg perut

6 biji limau kasturi(diambil jusnya)

sedikit asam jawa(diambil jusnya)

5 ulas bawang putih(bahan dikisar)

3 batang serai(bahan dikisar)

3 ulas bawaang merah besar(bahan dikisar)

20 biji cili padi(bahan dikisar)

2 biji tomato(bahan dikisar)

2 biji bawang merah besar(bahan dihiris)

1 biji tomato(bahan dihiris)

2 biji cili merah(bahan dihiris)

sedikit garam dan cuka(bahan perasa)

Cara membuatnya:

  1. Perut direbus dahulu dan ditoskan.
  2. Kemudian campurkan bahan yang dikisar bersama perut. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan perahan limau kasturi bersama dengan bahan perasa.
  3. Gaulkan sehingga sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba Resepi Kerabu Perut Mudah dan Sedap!

Resepi Pizza Maggi/ Murtabak Maggi

on Tuesday, May 5, 2015

Resepi Pizza Maggi/ Murtabak Maggi


Bahan-bahan 

1 peket Maggi perisa kari 
2 biji telur gred A  
Sedikit Daging kisar @ Ayam @ Udang 
Sedikit carrot (dipotong dadu) 
2 biji cili padi (dipotong halus) 
1 labu bawang besar (dipotong dadu) 
Sedikit minyak 
Secukup rasa garam

Cara-cara membuatnya;




1. First, panaskan minyak dan masukkan daging kisar bersama bawang besar dan cili padi sehingga masak. Dah masak, angkat dan ketepikan.

2. Sila celur maggi sahaja sehingga kembang dan toskan air sehingga kering.

3. Kemudian, gaulkan maggi bersama 2 biji telur+ perencah maggi kari+daging kisar yang dimasak dalam step 1 sehingga sebati.

4. Panaskan sedikit minyak ( anggaran 2 sudu besar minyak) di dalam kuali, masak bahan yang telah digaul dalam step 3 sehingga masak @ garing.

Read more: http://www.ciktom.com/resepi-pizza-maggi-murtabak-maggi-mudah-cepat/#ixzz3szpsVvGI

Resepi Blueberry Cheesecake Mudah dan Sedap

on Wednesday, November 19, 2014

Resepi Blueberry Cheesecake Mudah dan Sedap


Bahan-bahan:


= 500 gram keju
= 1 bungkus biskut marie
= 250 gram butter
= Blueberry
= 2 biji telur
= 3/4 cawan gula
= 1 tudung esen vanila


Cara-cara membuat:


1. Hancurkan biskut marie tadi sehingga menjadi debu.

2. Panaskan periuk dan masukkan butter, selepas butter cair masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas pembakar kek.

4. Masukkan keju, telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas berasingan dan kisar sehingga sebati. Selepas siap masukkan bahan tadi ke dalam bekas pembakar kek. Bahan tadi perlu diletakkan di atas biskut marie tadi dan bakar.

5. Selepas masak letak blueberry tadi kat atas kek(topping).
 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved