Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap

on Monday, January 16, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Kuih pasung memang terkenal terutama bagi masyarakat Pantai Timur Malaysia. Rasanya sedap, enak dan manis berlemak. Semoga Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.

Bahan-bahan Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap;

10 helai daun pisang berukuran 22 cm (bulat)

8 batang lidi halus


Untuk Lapisan Bawah;

100 gm gula merah

40 gm gula pasir

40 gm tepung beras

15 gm tepung gandum

400 ml air

2 helai daun pandan (simpul)

Garam secukup rasa



Untuk Lapisan Atas;

40 gm tepung beras

22 gm tepung gandum

Secubit kapur (dicampur dengan 1 sudu kecil air)

220 ml santan

Garam secukup rasa



Cara Menyediakan Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap;

1. Bentukkan daun pisang seperti kon, sematkan lidi supaya ia kemas.

2. Lapisan bawah; jerang gula merah, gula pasir, dan daun pandan. Bila mendidih dan gula larut, tapiskan ke dalam mangkuk dan biar sejuk.

3. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan garam dengan air gula tadi. Kacau di atas api perlahan hingga hampir pekat.

4. Ketepikan dari api, masukkan 2/3 penuh ke dalam kon daun pisang (tegakkan di dalam pengukus atau guna tempat khas). Kukus selama 10 minit.

5. Lapisan atas; campurkan semua bahan. Tuangkan di atas lapisan bawah kemudian kukus lagi selama 10-15 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba Resepi Kuih Pasung Mudah dan Sedap!

Resepi Daging Goreng Lada Hitam Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Daging Goreng Lada Hitam Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Air tangan sendiri lagi seronok dimakan daripada dibeli dari luar. Selain itu, kebersihan bahan dan cara masakan juga terjamin. Semoga Resepi Daging Goreng Lada Hitam Mudah dan Sedap yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.

Resepi Daging Goreng Lada Hitam Mudah dan Sedap

Bahan-bahan A:

800 gm daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan B:

3 cawan sos perang
2 sudu besar bawang merah cincang
2 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
50 gm mentega - dipotong dadu
1/2 cawan krim segar
5 batang jagung muda - dikerat 2 sm
1 labu bawang besar - dibelah 8
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan mentega di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih cincang.
3. Kacau sehingga naik bau.
4. Masukkan sos perang.
5. Biarkan mendidih selama empat minit. Angkat.
6. Bahan-bahan A digaul hingga rata.
7. Perap selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
8. Goreng di atas api sederhana.
9. Apabila daging empuk, masukkan adunan sos perang.
10. Masukkan juga jagung dan bawang besar.
11. Kacau hingga rata.
12. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Selamat mencuba Resepi Daging Goreng Lada Hitam Mudah dan Sedap!

Tips Kebersihan di Dapur Masakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Kebersihan di dapur amat penting untuk kita titikberatkan kerana kebersihan di dapur yang menjamin hasil masakan yang kita masak juga bersih. Bila dah dapur bersih, kita pun akan rasa senang hati dan juga rajin untuk memasak. Kebersihan sebahagian tuntutan dari agama Islam.



1. Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong

Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.

2. Cuka Sebagai Bahan Pencuci

Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka. Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?

Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya. Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.

3. Sumber Bakteria

Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda? Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.  Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan. Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.... Untuk resepi masakan hari ini, jom kita cuba Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan Mudah dan Sedap untuk dimasak bagi keluarga tersayang. Air tangan sendiri lagi seronok dimakan daripada dibeli dari luar. Selain itu, kebersihan bahan dan cara masakan juga terjamin. Semoga Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan yang dishare ini dapat dinikmati oleh semua yang singgah ke blog Resepi Masakan.

Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan Mudah dan Sedap


Bahan-bahan Masakan Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan :

1 ekor ayam
5 tangkai cili padi
1 sudu besar cili kering kisar
2 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
2 sm halia
2 batang serai
2 sm kunyit hidup
2 cawan santan pekat
1 sudu besar air asam jawa
Secubit belacan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk Hiasan Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan :

Bawang besar - dipotong dadu
Tomato - dibelah enam
Daun bawang

Cara Menyediakan Resepi Ayam Goreng Pedas Bersantan :

1. Mula-mula, potong ayam dan bersihkan ayam yang telah dipotong.
2. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Gorengkan ayam yang telah digaul separuh masak dan ketepikan.
4. Kemudian, kisar cili padi, bawang besar, bawang merah, halia, serai dan kunyit hidup.
5. Gaulkan bahan-bahan kisar tadi dengan cili kering kisar.
6. Panaskan minyak di dalam kuali.
7. Tumis bahan-bahan kisar tadi selama lima minit.
8. Masukkan santan pekat.
9. Masukkan juga air asam jawa serta belacan.
10. Gaul rata kesemua bahan.
11. Apabila naik bau, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.
12. Masukkan juga bahan-bahan hiasan.
13. Biarkan sehingga ayam masak.
14. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi atau roti.

Sumber resepi: sajianonline
 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved