Resepi Blueberry Cheesecake Mudah dan Sedap

on Wednesday, November 19, 2014

Resepi Blueberry Cheesecake Mudah dan Sedap


Bahan-bahan:


= 500 gram keju
= 1 bungkus biskut marie
= 250 gram butter
= Blueberry
= 2 biji telur
= 3/4 cawan gula
= 1 tudung esen vanila


Cara-cara membuat:


1. Hancurkan biskut marie tadi sehingga menjadi debu.

2. Panaskan periuk dan masukkan butter, selepas butter cair masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas pembakar kek.

4. Masukkan keju, telur, gula dan esen vanila ke dalam bekas berasingan dan kisar sehingga sebati. Selepas siap masukkan bahan tadi ke dalam bekas pembakar kek. Bahan tadi perlu diletakkan di atas biskut marie tadi dan bakar.

5. Selepas masak letak blueberry tadi kat atas kek(topping).

Resepi Kuih Cara Lemak Manis

on Monday, July 7, 2014

Resepi Kuih Cara Lemak Manis

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan (dikisar, ditapis dan diambil airnya)
2 biji telur gred A ( jika guna telur gred lain sila tambah lagi 2 biji ye)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar majerin cair
½ sudu kecil pewarna hijau
Gula secukupnya untuk inti kuih (ikut tahap kemanisan lidah anda ;p)

Cara-cara membuatnya:

1.Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali majerin dan gula ke dalam blender.
2. Kisar semua bahan sehingga sebati.
3. Tapis supaya adunan tidak berketul.
4. Apabila adunan sudah siap ditapis, masukkan ke dalam acuan yang telah dan telah disapukan dengan sedikit majerin.
5. Masukkan adunan 3/4 penuh. Kemudian masukkan gula di tengah-tengahnya dan masukkan lagi adunan sehingga penuh acuan.
6. Bakar sehingga masak menggunakan api kecil.


 
© Resepi Masakan 2 All Rights Reserved